Sunday, 11 October 2015

Aku Harus Kuat

Dalam masa yang singkat ini aku harus terus berjalan. Demi waktu Demi masa Demi keringat dan pengorbanan yang telah lama diusahakan. Berjalan dan terus berjalan Walau waktu itu belum pasti Walau waktu itu tidak pernah berjanji Perjuangan harus diteruskan. Demi mengembalikan sebuah bangsa yang jiwanya merdeka yang tidak pernah merasai erti sebenar-benar kemerdekaan. Aku harus terus berjalan. Belajar dari Jerman, bagaimana mereka kuat bagaimana mereka bangun bagaimana jiwa rakyatnya merdeka. Walau perit dalam dalam dunia ketiga tergapai-gapai dalam kelemasan mencari puncha pertolongan meraung-raung untuk bangkit tapi lemah. Aku harus bangkit melonjok ke dasar agar tidak terus tenggelam karam di lautan. Aku harus kuat Kuat mendepani cabaran. Kuat mendepani nafsu Kuat dalam mujahadah Kuat dalam berusaha Justeru Allah telah mentakdirkan aku di sini belajar memahami bahasa rakyat yang jiwanya telah merdeka Moga terus hidup dalam usaha biar apa pun hasilnya aku tetap redha. Marleena Isa 11 Oktober 2015 12.18 p.m. Dalam tren LRT Kerinchi - Jelatek

Bersama Pak Engku di Pidato Kemerdekaan:
Jiwa Merdeka. 10 Oktober 2015.


JALANKU MASIH PANJANG

Jalanku Masih Panjang
Wahai perasaan
Kau buat pagiku jadi mendung, soreku jadi kelam
Kau buat siangku jadi gelap, dan malam semakin gulita
Kau buat beberapa menit lalu aku gembira,
untuk kemudian bersedih hati
Wahai perasaan
Kau buat aku berlari di tempat
Semakin berusaha berlari, kaki tetap tak melangkah
Kau buat aku berteriak dalam senyap
Kau buat aku menangis tanpa suara
Kau buat aku tergugu entah mau apalagi
Wahai perasaan
Kau buat aku seperti orang gila
Mengunjungi sesuatu setiap saat, untuk memastikan sesuatu
Padahal buat apa?
Ingin tahu ini, itu, untuk kemudian kembali sedih
Padahal sungguh buat apa?
Wahai perasaan
Kau buat aku seperti orang bingung
Semua serba salah
Kau buat aku tidak selera makan, malas melakukan apapun
Memutar lagu itu2 saja,
Mencoret2 buku tanpa tujuan
Mudah lupa dan ceroboh sekali
Wahai perasaan
Cukup sudah
Kita selesaikan sekarang juga
Karena,
Jalanku masih panjang
Aku berhak atas petualangan yang lebih seru
Selamat tinggal
Jalanku sungguh masih panjang....
*Tere Liye


Thursday, 8 October 2015

FEELING GREAT WHEN MEETING GREAT PEOPLE

Hampir seharian di Hotel Concorde pada 20 SEPTEMBER 2015 yang lalu menghadiri Seminar Pemikiran Reformasi II : Pendeta Za'ba anjuran Islamic Renaissance Front bersama Nurafiqah Saidin dan Syahirah Hamdan.

Seronok dapat berjumpa dan bersembang dengan banyak orang-orang dan boleh dikatakan tokoh-tokoh yang hebat di sana. Lebih seronok apabila mereka berkongsi pengalaman-pengalaman mereka kepada kami.

Mula-mula berjumpa dengan Wasif Wan, seorang senior di UM, telah grad bersama rakannya Zuan (tak ingat nama sebenar) baru lepas grad di KLMU. Mereka ini banyak menghadiri seminar-seminar macam ni dan telah menubuhkan Jaringan Anak Muda. Perkara paling menarik sekali tentang mereka ialah mereka ni "backpackers" yang pergi "travel" ke tempat-tempat yang tidak pernah atau jarang orang pergi dengan tujuan untuk mencari ilmu dan mengkaji sejarah yang ada di sana.

Semasa makan tengah hari pula, kami bertiga berpecah ke meja makan berasingan memenuhi kekosongan yang ada. Bahagian ini paling menarik, Syahirah memilih untuk duduk dengan Pak Raja Ahmad Aminullah, penulis buku Minda Tertawan. Kebetulan di meja tersebut Prof. Zakaria Ali, penulis, pelukis, juga penulis puisi dan kini masih berkhidmat sebagai seorang pensyarah di UPSI. Afiqah pula bersama-sama dengan Pak Andak, seorang pelajar di Indonesia dan peserta seminar yang lain.

Aku pula? Ini yang paling kelakar. Main duduk je, sebab dah tak ada tempat T_T
Rupa-rupanya aku semeja dengan bekas aktivis PMIUM yang kini telah bekerja. Aku terus memanggil panggilan hormat 'Ustaz' selepas tahu beliau pernah aktif dalam PMIUM. Ustaz Afifi (kalau tak silap eja) masih mengambil tahu tentang perkembangan PMIUM dan kampus. Kami banyak bersembang mengenai perjalanan PMIUM masa kini dan juga KEHANGATAN PRK baru-baru ini. Ternyata ustaz lebih banyak mengetahui daripada aku yang tak sempat nak ambil tahu. Hahahahaha


Sempat juga beramah mesra dengan Prof. Zakaria Ali. Prof banyak menulis novel. Antaranya, Empangan, Villa Maya dan Percikan. Novel Empangan telah dipilih oleh penerbit buku dari Jerman untuk diterjemahkan dalam Bahasa Jerman dan bakal dilancarkan di Frankfurt bulan Oktober ini.

Sebelum pulang kami bertiga bermesra dengan Mazlan Noor Along, seorang pelukis dan penulis puisi. Lebih mesra dengan panggilan Pak Long, Pak Long banyak memberi nasihat dan menceritakan pengalamannya semasa menunaikan Haji di Mekah.

Dah terasa seperti usrah bila bersembang dengan beliau kerana terlalu banyak peringatan dan nasihat yang diberikan. Kata beliau, "Umat Islam perlu betul-betul menghayati Islam, jika umat Islam tak mengahayati Islam, kita boleh meramalkan apa yang akan berlaku pada masa akan datang". Pak Long juga ada menasihati tentang perkahwinan, berapa pentingnya kita mencari bakal pasangan yang faham Islam dan jika dikurniakan dengan pasangan yang kurang faham tentang Islam, berdoalah kepada Allah.

Paling sebak Pak Long menceritakan kepada kami tentang kisahnya menunaikan solat di Masjid Nabawi. Pengalaman solat dekat dengan makam Nabi. Beliau menunaikan solat sebentar sahaja di situ. Dan apabila ditanya oleh pak arab yang ada di situ, mengapa kamu hanya solat sebentar sedangkan kamu berpeluang solat lama di bahagian (depan) yang baik ini, beliau menjawab, "This place is not belongs to me, it's belong to others", supaya orang lain juga berpeluang untuk solat di situ. Beliau juga menceritakan maksud-maksud lukisan yang ada di dalam bukunya. Ternyata hebat sungguh cara beliau berdakwah.

Dapat banyak sangat pengalaman berharga. Semuanya percuma! termasuk makan di hotel. Haha


Terima kasih Afiqah dan Syahirah sudi ajak.